Wednesday, October 14, 2009

Bersyukurlah wahai temanku


Dalam zaman yang serba canggih dan moden ini pelbagai isu yang telah timbul. Pada pandangan saya, apabila zaman telah berubah kearah kemajuan yang tinggi serta pembangunan yang giat membangun ini seharusnya, dari segi pemikiran setiap individu turut sama berubah kepada pemikiran yang lebih matang serta berdaya saing dalam memperkukuhkan kestabilan sesebuah Negara iaitu dari segi ekonomi, politik, kewangan dan sebagainya. Dari pandangan yang kita lihat sekian hari, pelbagai isu negatif yang timbul seiring dengan pembangunan semasa. Contohnya, dalam kejayaan Negara mempertingkatkan infrastruktur, adanya gejala yang kurang menarik untuk diperdengarkan iaitu kes RAGUT yang kini kian membimbangkan rakyat Malaysia. Ia turut melibatkan harta benda malahan nyawa turut jadi taruhan sehinggakan ada yang turut terkorban akibat sifat sesetengah manusia yang bertopengkan manusia tetapi mempunyai sifat yang lebih teruk daripada binatang.
Antara salah satu sebab puncanya berlakunya gejala yang sedemikian adalah kerana sifat manusia yang tidak mengetahui maksud bersyukur kepada Tuhannya. Disebabkan timbul rasa tidak puas hati atas apa yang telah dikurniakan kepadanya maka wujudlah rasa tamak, iri hati dan pemikiran yang membawa kepada perbuatan jahat. Sedangkan adanya Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” Maka kita sebagai Hambanya seharusnya bersyukur keatas nikmat dan kurnianya.
Jika kita perhatikan, zaman sekarang semuanya perlukan bayaran sedangkan Allah s.w.t , boleh memberikan secara percuma tanpa perlu bayaran keatas apa yang dikurniakan seperti udara, air, penglihatan, pendengaran, kesihatan tubuh badan dan sebagainya. Jesteru kita seharusnya bersyukur dan wujud rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi iaitu Allah s.w.t. Dengan bersyukur kita dapat mendekatkan diri kepadanya dan melakukan perkara yang disuruhnya dan meninggalkan perkara yang dilarangnya.
-Yakinlah segala nikmat yang dimiliki itu datangnya daripada Allah s.w.t.
-Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah s.w.t. kalau kita cerdik, ucaplah ‘Alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah s.w.t) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah s.w.t.
-Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.
-Jadikan segala nikmat yang diperoleh itu sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Contohnya, dari segi kewangan bantulah golongan yang memerlukan bantuan dan bantuan itu bergantung kepada kemampuan kita.

No comments:

Post a Comment