Thursday, October 15, 2009

~ DUNIA YANG SEPI ~ hijjaz

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan dizaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
kerana dunia memautnya..

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan di canang melata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi duni ini.
Walaupun hidup ditengah laman
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah dijalanan

"KAWAN YANG BAIK"

Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya. Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baIK

_manusia akhir zaman_

Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu”.

“Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid”ah dan bid”ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bid”ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid”ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih”.

Para sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, “Tidak”

Para sahabat bertanya lagi, “Apakah turun wahyu kepada mereka?” Nabi menjawab, “Tidak” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana keadaan mereka?” Jawab Nabi, “Seperti ulat dalam cuka”.

Para sahabat bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?” Jawab Nabi, “Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


salam perpaduan salam 1 Malaysia

Wednesday, October 14, 2009

Bersyukurlah wahai temanku


Dalam zaman yang serba canggih dan moden ini pelbagai isu yang telah timbul. Pada pandangan saya, apabila zaman telah berubah kearah kemajuan yang tinggi serta pembangunan yang giat membangun ini seharusnya, dari segi pemikiran setiap individu turut sama berubah kepada pemikiran yang lebih matang serta berdaya saing dalam memperkukuhkan kestabilan sesebuah Negara iaitu dari segi ekonomi, politik, kewangan dan sebagainya. Dari pandangan yang kita lihat sekian hari, pelbagai isu negatif yang timbul seiring dengan pembangunan semasa. Contohnya, dalam kejayaan Negara mempertingkatkan infrastruktur, adanya gejala yang kurang menarik untuk diperdengarkan iaitu kes RAGUT yang kini kian membimbangkan rakyat Malaysia. Ia turut melibatkan harta benda malahan nyawa turut jadi taruhan sehinggakan ada yang turut terkorban akibat sifat sesetengah manusia yang bertopengkan manusia tetapi mempunyai sifat yang lebih teruk daripada binatang.
Antara salah satu sebab puncanya berlakunya gejala yang sedemikian adalah kerana sifat manusia yang tidak mengetahui maksud bersyukur kepada Tuhannya. Disebabkan timbul rasa tidak puas hati atas apa yang telah dikurniakan kepadanya maka wujudlah rasa tamak, iri hati dan pemikiran yang membawa kepada perbuatan jahat. Sedangkan adanya Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” Maka kita sebagai Hambanya seharusnya bersyukur keatas nikmat dan kurnianya.
Jika kita perhatikan, zaman sekarang semuanya perlukan bayaran sedangkan Allah s.w.t , boleh memberikan secara percuma tanpa perlu bayaran keatas apa yang dikurniakan seperti udara, air, penglihatan, pendengaran, kesihatan tubuh badan dan sebagainya. Jesteru kita seharusnya bersyukur dan wujud rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi iaitu Allah s.w.t. Dengan bersyukur kita dapat mendekatkan diri kepadanya dan melakukan perkara yang disuruhnya dan meninggalkan perkara yang dilarangnya.
-Yakinlah segala nikmat yang dimiliki itu datangnya daripada Allah s.w.t.
-Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah s.w.t. kalau kita cerdik, ucaplah ‘Alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah s.w.t) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah s.w.t.
-Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.
-Jadikan segala nikmat yang diperoleh itu sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Contohnya, dari segi kewangan bantulah golongan yang memerlukan bantuan dan bantuan itu bergantung kepada kemampuan kita.

"Hari yang Indah"

"mulakan harimu dengan niat yang murni"

"mulakan langkahmu dengan bismillah"

"mulakan kalammu dengan kalimah yang baik"

"mulakan harimu dengan iltizam baru"

"mulakan pandanganmu dengan senyuman"

"mula bertegur dengan ungkapan salam"

"mulakan semua dengan sesuatu yang diberkati
oleh tuhan
jadilah insan yang
berpedoman
&
kukuh imannya"

Tuesday, October 13, 2009

Selamat pagi



~senyuman itu mengubati hati & perasaan~

~senyuman itu juga merupkan sedekah~

~senyuman itu membuat kita menyerlah~

~senyuman itu indah~

~senyuman itu ada 1001 makna~

~senyuman itu manis~

~senyum sOkmo~